Sunday, 16 November 2014
Friday, 14 November 2014
Saturday, 8 November 2014
HEAL
lukisan ni ambil masa 3 jam untuk disiapkan. hati yang rapuh tidak selamanya rapuh. so be strong n move on ur life. ^^
Monday, 3 November 2014
Harimau Berantai
Tak ramai yang tau pasal pendekar harimau berantai. mula berminat nak mencipta karakter melayu yang jarang sangat dikembangkan oleh para pelukis melayu sendiri. Lukisan ini menunjukkan melayu juga punya watak yang unik dan power!
Sunday, 2 November 2014
Monday, 8 September 2014
PERTEMPURAN NON FIGURA
lakar dan proses mendakwat lukisan. step ini agak memakan masa sebab setiap detail pada lukisan tu perlu dilukis.
menambah efek laju pada pergerakan vektor. kemudian tmbahan background pada lukisan yg dihasilkan.
edit penchayaan menggunakan adobe photoshop iaitu klik pada image> adjustment> level untuk mendapatkan kesan gelap dan terang pada lukisan.
Lukisan sbenar lepas minta idea pada seorang kwan untuk menghasilkan satu illustrasi yang berkonsepkan aksi. Memandangkan saya slalu buat action figura so saya nak cuba sesuatu yang baru iaitu melibat aksi bg raksasa atau haiwan. lukisan ni juga saya gunakan kaedah manual dan sedikit sentuhan digital untuk mendapatkan efek yang lbih mnarik.
Sunday, 7 September 2014
REVENGE
siap akhirnye. dengan bantuan abang ngah(bntu idea..) dapat jugak hasilkan another character. gune pen lukisan mata 0.5 dengan 0.05. n bayang blakang tu gune adobe photoshop (burn tool).
Saturday, 6 September 2014
NAGA SESUMPAH
(selepas)
(sebelum)
okay ni artwork saya yang latest sbab sye terpkse handle keje praktikal bru boleh uruskan blog ni. mulenya nak lukis naga or something like that..tp bile start lukis n dah jadi mcm sesumpah.hahahaha.so sye nmenye die naga sesumpah (walaupun nme die buruk..kihkihkih)
Wednesday, 27 August 2014
srikandi 2
hasil artwork yang dilukis semalam. warna menggunakan jasa khidmat adobe phtoshop cs5 dan sedikit touch up drpd perisian phtoscape utk pencahayaan.
Tuesday, 26 August 2014
PELUKIS DAN SRIKANDI
Sedang khusyuk membuat lukisan ketika pembentangan editor utk tunas super, salah seorang editor staf ambil gambar saya tengah melukis.hahahhaa. masih berbaki 3 hari untuk kami berpraktikal. semoga semuanya dipermudahkan.
Monday, 25 August 2014
DIGITAL DRAW
Kali pertama guna software Manga Studio, saya menggunakan tetikus dan PC sahaja sebab tak ada kemudahan tablet. Sedikit bimbingan oleh Reja iaitu salah seorang kartunis di PTS media group akhirnya saya berjaya hasilkan sebuah karya digital.(jakun sekejap..hehehe)
WANITA DAN BUNGA
Lukisan spontan yang saya hasilkan tanpa ada perancangan. Saya terus ambil pen dan biarkan tangan saya merealisasikan imaginasi di dalam kepala. Permintaan rakan satu tempat praktikal sukar untuk ditolak memandangkan lepas ni kami dah tak jumpa. Jadi ni hasilnya.
KACUKAN AYAM DAN HARIMAU
Sebenarnya saya ni sangat kekok kalau lukis non figura. lebih-lebih lagi haiwan yang pelik-pelik. Jadi saya cabar diri saya untuk hasilkan satu karakter yang lain. Dalam dunia lukisan, kita boleh cuba mempelbagaikan teknik dan kemahiran kita. Jika kita hanya mahu berada di zon selamat mungkin sukar untuk kita meningkatkan kemampuan kita. (lukis dalam ofis je.hahaha)
PERTEMPURAN SRIKANDI
Apa yang saya boleh nukilkan sedikit mengenai lukisan ini ialah saya hendak mencipta satu watak pendekar Melayu. Pendekar sudah biasa kita lihat aksi mereka yang menakjubkan. Tetapi tidakkah kita tahu bahawa Melayu juga mempunyai warisan wanita sebagai Srikandi. Kekuatan mereka, kelembutan mereka sangat jauh jika hendak dibandingkan dengan wanita-wanita kini. Oleh itu terdetik keinginan saya menghasilkan watak srikandi ini dan aksinya saat menghadapi pertempuran.
STOP ATTACKING US!
Karya ini pernah dipersoalkan oleh seseorang sebelum ini. Mengapa robot? Jawapan saya hanya satu, kanak-kanak Palestin sangat berbeza dengan kanak-kanak lain kerana mereka mempunyai ketahanan dan keberanian yang tinggi. robot yg berada di dalam tubuh mereka melambangkan kekuatan , keberanian, dan semangat mereka dalam mempertahankan tanah air mereka.
TANGAN
Sejauh mana tangan mampu memusnahkan dunia? sudah terbukti melalui bingkisan-bingkisan ahkbar yang memaparkan sedikit sahaja kesannya kerana tidak dapat dibayangkan berapa banyak yang sudah dimusnahkan oleh tangan-tangan ini. (pray for gaza)
Saturday, 23 August 2014
karakter lelaki
ni karakter lelaki yg sye dah buat. background belakang die ni sye malas nk buat..so sye gunekan imej yg sedia ade dan sye combine ke dalam lukisan sye.
Friday, 22 August 2014
srikandi
memandangkan blog fun sketching tu tak boleh bukak so saya bukak account bru. kali ni saya lebih fokus pada komik n mmg hobi sye untuk mencipta ssuatu yg baru. so hope enjoy it!
Subscribe to:
Posts (Atom)