Wednesday, 27 August 2014

srikandi 2



hasil artwork yang dilukis semalam. warna menggunakan jasa khidmat adobe phtoshop cs5 dan sedikit touch up drpd perisian phtoscape utk pencahayaan.

Tuesday, 26 August 2014

PELUKIS DAN SRIKANDI


Sedang khusyuk membuat lukisan ketika pembentangan editor utk tunas super, salah seorang editor staf ambil gambar saya tengah melukis.hahahhaa. masih berbaki 3 hari untuk kami berpraktikal. semoga semuanya dipermudahkan.

Monday, 25 August 2014

DIGITAL DRAW

Kali pertama guna software Manga Studio, saya menggunakan tetikus dan PC sahaja sebab tak ada kemudahan tablet. Sedikit bimbingan oleh Reja iaitu salah seorang kartunis di PTS media group akhirnya saya berjaya hasilkan sebuah karya digital.(jakun sekejap..hehehe)




RESTU


Lukisan ringkas dan saya warna menggunakan software adobe phtoshop. Impian setiap wanita.

WANITA DAN BUNGA


Lukisan spontan yang saya hasilkan tanpa ada perancangan. Saya terus ambil pen dan biarkan tangan saya merealisasikan imaginasi di dalam kepala. Permintaan rakan satu tempat praktikal sukar untuk ditolak memandangkan lepas ni kami dah tak jumpa. Jadi ni hasilnya.

KACUKAN AYAM DAN HARIMAU

Sebenarnya saya ni sangat kekok kalau lukis non figura. lebih-lebih lagi haiwan yang pelik-pelik. Jadi saya cabar diri saya untuk hasilkan satu karakter yang lain. Dalam dunia lukisan, kita boleh cuba mempelbagaikan teknik dan kemahiran kita. Jika kita hanya mahu berada di zon selamat mungkin sukar untuk kita meningkatkan kemampuan kita. (lukis dalam ofis je.hahaha)




PERTEMPURAN SRIKANDI

Apa yang saya boleh nukilkan sedikit mengenai lukisan ini ialah saya hendak mencipta satu watak pendekar Melayu. Pendekar sudah biasa kita lihat aksi mereka yang menakjubkan. Tetapi tidakkah kita tahu bahawa Melayu juga mempunyai warisan wanita sebagai Srikandi. Kekuatan mereka, kelembutan mereka sangat jauh jika hendak dibandingkan dengan wanita-wanita kini. Oleh itu terdetik keinginan saya menghasilkan watak srikandi ini dan aksinya saat menghadapi pertempuran.




STOP ATTACKING US!


Karya ini pernah dipersoalkan oleh seseorang sebelum ini. Mengapa robot? Jawapan saya hanya satu, kanak-kanak Palestin sangat berbeza dengan kanak-kanak lain kerana mereka mempunyai ketahanan dan keberanian yang tinggi. robot yg berada di dalam tubuh mereka melambangkan kekuatan , keberanian, dan semangat mereka dalam mempertahankan tanah air mereka.

TANGAN

Sejauh mana tangan mampu memusnahkan dunia? sudah terbukti melalui bingkisan-bingkisan ahkbar yang memaparkan sedikit sahaja kesannya kerana tidak dapat dibayangkan berapa banyak yang sudah dimusnahkan oleh tangan-tangan ini. (pray for gaza)



Saturday, 23 August 2014

karakter lelaki

ni karakter lelaki yg sye dah buat. background belakang die ni sye malas nk buat..so sye gunekan imej yg sedia ade dan sye combine ke dalam lukisan sye.


Friday, 22 August 2014

srikandi

memandangkan blog fun sketching tu tak boleh bukak so saya bukak account bru. kali ni saya lebih fokus pada komik n mmg hobi sye untuk mencipta ssuatu yg baru. so hope enjoy it!